Assalamualaikum ^_^
Tadi ada baca stu article nie. so nak share kat korang yg baca post2 saya kat blog ni . =)
Daripada
Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu
adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia
menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat
saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong
seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya
Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari
kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan
menutup keaibannya di hari kiamat”.
Haram Mengkhianati Sesama Islam ..
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.”
Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
No comments:
Post a Comment