Tuesday, 6 August 2013

Ramadhan Pergi , Syawal Menjelma

Assalamualaikum .

 

Ramadhan Kareem . Ramadhan yang mulia . 

 

Banyak nikmat yang diberi oleh Allah dalam bulan Ramadhan  .

 

Tapi sekarang, banyak nikmat tu yang sering kita lupakan . Ibarat bulan Ramadhan ni bulan yang normal . 

 

Ada juga insan yang menjadikan Ramadhan ini sebagai satu titik permulaan bagi dirinya utk bermujahadah . It's not that easy bila kita nak berubah n melazimi diri kita kpd perkara yg lebih baik .

 

Tapi tak susah juga nak mulakan perubahan yang baik. Sbb apabila kita hendak beristiqamah tulah yang memerlukan pengorbanan yang besar. InshaAllah baik ganjarannya .

 

Kita semua ada zaman silam masing-masing. Tanamkan azam, jangan jadi mcm dulu. Berubah demi agama, berubah kerana Allah SWT. InshaAllah.

 

Nak jadi baik, soleh dan solehah itu memang payah. Payah sebab tiada usaha. Berusahalah nak capai Syurga Allah yang indah dan mahal . Sama-sama kita berusaha. InshaAllah.

 

Bagi aku, one of the best memories in Ramadhan bila dpt pergi masjid . Banyak masjid dah aku dtng . Keindahan rumah Allah yg dibina oleh hamba-Nya . Design masjid tu , tulisan2 khat yg terpapar kat dinding . Subhanallah :)

 

Sometimes , hati kita ni bukannya sentiasa melakukan perkara yang bermanfaat . Setiap insan pernah melakukan kesilapan kan ? Kita bukannya maksum seperti Nabi Muhammad . 

 

Tapi selagi kita boleh sentiasa mengamalkan kebaikan . Jom sama-sama kita amalkan. InshaAllah. 

 

"Ya Allah, Jika aku lemah dan jatuh. Kau berikanlah aku keyakinan untuk terus bangkit drpd kelemahan aku sendiri. Bantulah aku Ya Allah. Amin."

 

Aku harap Ramadhan kali ni bermakna utk kita semua .

 

Aku harap juga kita sama-sama beristiqamah utk meneruskan amalan2 yg kita buat dalam bulan Ramadhan . InshaAllah .   

 

Aku pun nak mohon maaf dari hujung helaian rambut hingga hujung tapak kaki atas segala kesalahan yg pernah aku buat . Moga2 Syawal kali ni merupakan bulan yg bermakna juga utk kita. 

 

Salam Aidilfitri to All Muslims . Maaf Zahir n Batin :)

 

 


Friday, 21 June 2013

ASAT and FUTSAL SYARIKAT :)

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah .  dpt naib johan dlm prtandingan futsal ASAT . tahun ni takde rezeki utk menang ASAT . tpi inshaAllah , Allah menjanjikan yg lebih besar utk kita :) setiap yg berlaku ada hikmahnya.
even aku dpt tawaran utk join skali team johan masuk ke MSSJ kat kota tinggi . tpi aku tolak tawaran tuh coz Trial PMR dah dekat tinggal sebulan je lgi . fuhh, banyak yg nak kena prepare . maybe aku pun akan tinggalkan alam maya ni utk sementara . 
okay balik semula tntng futsal :3 
futsal ASAT dpt naib johan , futsal syarikat pun team aku (Budak Stadium) dpt naib johan . agaknya tahun ni memang naib johan futsal sedunia agaknya . haha . tpi bersyukur gak sbb dpt naib johan . Alhamdulillah. bukannya senang nak jejakkan kaki ke final . kitorang kalah penalty dgn team D'8 MACHO .  enjoy video ni . haha . kalah penalty 3-2 . 
 
never mind . InshaAllah tahun dpn aku akan buat lebih baik . tpi aku kena cri team baru sbb team aku sume form5 kecuali aku . haha.  okayy . moga2 segala urusan kita dipermudahkan-Nya dgn petunjuk serat hidayah-Nya . Amin . InshaAllah :)

Saturday, 8 June 2013

Work Hard n Smart but always Pray on time :)

Bismillahirrahmanirrahim .. 

Assalamualaikum ^^
hari ni hari kedua excell . excell ni macam program tuisyen lah lebih kurang . cuma program ni lebih kpd pelajar mndapat banyak tips2 utk menjawab soalan , latihan n banyak lagi . as always , setiap pelajar mesti ada banyak homework setiap kali cuti . every times, every minutes mesti kita akan terfikir pasal homework yg cikgu bagi .  So , almost every night i spend my time to finish a lot of homework that teacher gave . sometimes i don't have time to read the books for the revision . 

TIME ,TIME,TIME ..  masa ibaratkan pedang , jika kita tak mebelahnya maka ia akan membelah kita . means kita kenalah hargai setiap masa yg ada , kenalah sentiasa manfaatkan setiap masa yg ada .
cakap pasal WORK HARD ni , jika kita nak 'work' kita n kehidupan kita lebih mudah , so , jangan sesekali kita meninggalkan solat lima waktu , perbanyakkan juga amalan2 sunnah  . lebih baik sentiasa buat. WORK make the life harder but PRAYER make the life and work easier . InshaAllah :)

Hari isnin ni start balik sekolah ,bermulalah rutin harian aku seperti biasa sebagai penuntut ilmu di bumi yang dipenuhi barakah , bumi MAAHAD :) , hopefully semua urusan yg aku lakukan dipermudahkan oleh Allah . InshaAllah . my hope to change myself to the right path sometimes okayy and sometimes not . Astaghfirullah . nafsu ohh nafsu . jihad yg paling sussah ialah jihad menentang nafsu . jom kita lawan sama2 :')






Okayy,so welcome back to school with a new hope and spirit , ya asdiqa' :) Jom berubah ke arah kebaikan.Buat yang terbaik untuk kebahagiaan orang di sekeliling kita. Gapailah Mardhotillah sebelum terlambat. Perbetulkan niat kita semula. inshaAllah . amin . wassalamualaikum :)

Saturday, 11 May 2013

KELEBIHAN SUNNAH NABI TIDUR SEBELUM ZOHOR (QAILULAH)

Assalamualaikum . lame tak update blog ni . this time sya nak kongsi salah satu sunnah Rasulullah SAW :)
 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: lakukanlah qailulah (tidur siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan qailulah," (Riwayat al-Tabarani)

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Manfaat Day Napping
1)Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar.
2)Meningkatkan kecekapan dan produktiviti.
3)Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan.
4)Baik untuk jantung dan kesihatan.
5)Menungkatkan fungsi kognitif.
6)Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman.
7)Menjadikan minda lebih kreatif.
8)Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja atau belajar.

satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.
 
(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'.
 
Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.

Friday, 19 April 2013

Time Running Out

Assalamualaikum ^^ 
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lgi Maha Mengasihani .Ya Allah redhakanlah kehidupan kami . Ya Allah berilah kami panduan utk memanfaatkan masa muda kami .Ya Allah permudahkanlah sgala urusan kami utk menuju jalan yg lurus , utk sentiasa mengabdikan diri kpd-Mu , utk bermujahadah kpd yg baik , dan yg baik kpd lebih baik , utk melakukan pelbagai2 kebaikan , utk meninggalkan perkara yg buruk , utk mengulangkaji pelajaran , utk menjawab peperiksaan dan lain2 . InshaAllah amin :) 

Demi Masa , pejam celik , pejam celik , dah nak masuk pertengahan tahun dah , so fast . aku banyak buat homework shingga aku lambat utk mengerjakan apa yg lebih penting , aku tgh risau tntng semua tu . aku tgh risau tntng ' revision ' form 1 n 2 . banyak tak ingat . aku tgh memikirkan masa yg sering berlalu dgn cepat. ntah sempat ke tidak nak revise balik . 

Alam persekolahan yg banyak menguji kita , bukan tentang pelajaran shja , banyak perkara lain yg perlu dikaji agar kebenaran dpt diikuti . banyak kebaikan yg kita ajak kwn kita utk lakukan bersama . agar ukhuwah bertambah , tpi diri aku susah utk istiqamah melakukan kebaikan itu . marilah sama2 kita bermujahadah kpd yg lebih baik selagi masa masih ada .Yakin dengan PERTOLONGAN ALLAH, di saat kita tawakkal sepenuhnya kepadaNya , bantuan Allah akan sampai kepada kita dari arah yang tak di sangka-sangka.inshaAllah :)
  

 sama2 kita bermuhasabah diri :')


Friday, 22 March 2013

Alhamdulillah ^_^


Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah . setelah usaha yg dilakukan sebelum ujian . inilah nikmat yg sya peroleh .8A 1C dlm ujian PK1 . inilah pencapaian yg terbaik pernah sya dapat. even ada C sya tetap berazam utk memperbaiki subject tu .  memang banyak dugaan time tgh study . dgn rasa ngantuk , gadget2 .. fuhh ~ banyak lagi -,-
 sometimes memang tak boleh nak kawal , slalu main game je , haha, tapi skrang ni sya akan organize masa sya dgn lebih teratur . inshaAllah . skema plak ayat aku -,-
 alright .. pray for me n all my friends . amin :) 
always say Alhamdulillah . inshaAllah :)

Sunday, 3 March 2013

Exam Time !

Assalamualaikum . 
minggu ni dah start dah exam iaitu exam PK1 .. nasib baik kali ni before exam tak banyak homework . usually bila exam dah dekat mesti cikgu bagi bnyk homework . kadang2 tak sempat pon nak revise balik apa yg dah belajar . subjek yg sya target utk dpt A ialah semua subjek . selalunya sejarah n geog yg dpt C ke bawah . haha .. 
Cikgu ckp sejarah kali ni keluar bab 1 n 2 je . nak baca n faham betul2 .. study smart ^_^
bila fikir balik , memang ada hikmahnya fon sya rosak .. baru boleh nak focus betul2 time study . hehe . tapi tetap sedih :'(  let bygone be bygone. haha. handfon je kot . duniawi . hahaa . oke. exam time ! Time to study !usaha , doa, tawakal .  inshaAllah hajat kali ni dpt tercapai . amin ^_^

Saturday, 2 March 2013

Setiap yg Berlaku Ada Hikmahnya



Assalamualaikum :')
dah lama sya tak update blog ni kan . maklumlah orang banyak homework . ni baru form3 .. belum lagi orang yg dh ada kerjaya. mesti lagi busy . harap2 kita semua dpt hadapi segala ujian yg Allah beri dgn jayanya :') 

bermain futsal adalah stu permainan yg sngt digemari sya ... kononnya stu hari kalau tak dpt pegang bola memang tak boleh . haha . sya sedar saya banyak melakukan kesilapan pada saat ini . agaknya Allah masih syngkan sya . Allah berilah musibah kpd saya agar sya muhasabah diri saya ini semula ..  waktu ni memang sedih sangat sbb screen fon pecah . tapi nak buat macam mana . perkara dah terjadi . 
Setiap yg berlaku mesti ada hikmahnya . so , kita hndaklah sentiasa berfikiran positif terhadap segala ketentuan Allah . inshaAllah .. maybe Allah akan beri nikmat yg lebih baik pada masa akan dtng . pada sesiapa yg membaca post ni . Sentiasalah ingat pada Allah .. jgnlah bila dah terhantuk baru nak terngadah .. oke . harap2 kita semua dpt jalani hidupan harian kita dgn perkara yg bermanfaat . inshaAllah ^_^

Saturday, 12 January 2013

Homeworksssss :3




Assalamualaikum ^_^

seriously nak cakap yang saya ni banyak homework skrang .. tusyen pon setiap masa . tak tahulah bila nak siapkan homework yg cikgu bagi .. bertimbun2 .. tak tahulah bila nak update blog ni lagi . al-maklumlah .. dah naik form3 ,, ada PMR . hehe . berdebar2 lak bila fikir pasal PMR ni . haihhh ~ 

Kalau tusyen time ptang ..time balik skolahh , start kol 3.15 . sampai kol 4.30 . fuhhhh ~ harap2 segala usaha saya n kawan2 ni diberkati sentiasa dberkati oleh Allah SWT . time awal2 tahun ni tak pernah lagi kena marah dgn cikgu sbb tak siap homework . tapi takut nnti time dh start macam2 program yg dibuat oleh sekolah .. mesti penat sangat n then tak sempat nak buat kerja sekolah .. banyaknya rintangan ..bersusah-susah dahulu , bersenang2 kemudian..   okelahh .ape2 pon..pray for me and friends okay. thanks =) 



" You shouldn't give up . Fight for yourself and who you are .You've got to go through the worst times in life to get the best . "
 
Ya  Allah berikanlah kejayaan kepada aku dan juga rakan2 ku pada semua peperiksaan .. Ya Allah . amin . inshaAllah :)